Thursday, October 10, 2013

lapan sepuluh dua kosong satu tiga

"Ingat.. Kita ni dari keluarga susah. Kita kena beringat apa yang kita buat. Kalau nak buat apa-apa, fikir mak bapak kita dulu. Nak cari lelaki, cari yang paling kurang pun dapat bantu kita sama-sama senangkan mak bapak kita. Bawak dorang pergi haji , umrah . Bagi dorang satu rumah... Walaupun rumah sekecil pondok , asalkan kita tahu sekurarang-kurangnya kita dah buat something untuk mereka. Ingat Cha, kita orang susah. Kita anak sulung. Tanggungjawab kita besar.. Ingat tu... "

"Cha.. Beto bukan taknak support apa yg icha buat. Beto sentiasa support Icha. Susah senang beto ada untuk icha. sokong icha. Tapi, beto taknak icha berterusan sakit.. Icha kena kuat fight untuk diri Icha jugak. Sampai bila asyik nk kena jaga hati orang? Sampai dh terbawak-bawak mcmni. Beto takut cha.. Beto takut icha yg beto kenal akan makin jauh... Beto sayang icha"

"Icha.. Beto taksuka cakap dgn Icha. Icha suka buat Beto nangis. Tak kisahlah bukak topik apa sekalipun, Icha suka buat Beto nangis. Hmmm...."




RABIATUL ADAWIYAH --
Kalau satu hari nanti kau rasa kau rasa kau tak pernah ada nilai hidup , ingatlah yang kau pernah nasihat aku segala yang maha bernilai untuk aku yg takkan pernah aku lupakan sampai aku mati --
Kalau satu hari nanti kau rasa tak berguna untuk sesiapa lagi , ingatlah kau pernah penat lelah hantar aku interview sana sini sampai sanggup ambik cuti --
Kalau satu hari nanti kau rasa kau tak ada siapa2 untuk kau di sisi , ingatlah yg aku masih hidup untuk kau walaupun setakat lepak tepi jalan sampai jam tiga empat pagi --

Diam kau bukan sebarang diam . Kau diam , aku tahu hati kau sangat banyak berbicara . Kau buat-buat tak nampak , tapi kau yang paling banyak memerhati . Kau kadang sengaja buat pekak , tapi aku tahu kadang-2 ada di antara ayat kami yg sebenarnya menyakitkan hati . Dan... mcm mana aku boleh tau semua tu ? 

Sebab aku tahu kau lagi suka menangis tanpa suara . Kau pendam semua pastu kau biar benda tu setakat cuma cuma. Kau memang jarang bersuara , tapi bila sekali kau berkata , kau luah satu-satu penjelasan - keadaan dgn paling jelas dan dalam sehingga kami tertanya , "mcm mana kau boleh ingat benda lama mcmtu dengan setiap inci satunya?" . Dan bila ada yang salah faham kau seolah tak ambil peduli , tp aku tau hakikatnya kau lah yang paling ambil peduli tentang perkara tu . Sebab apa ?
Semua ni cuma ada satu sebab . 

Sebabnya .... Dia lah Rabiatul Adawiyah. Tiada galang ganti . Cuma satu Rabiatul Adawiyah yg aku ada . Cuma kau .Takde orang lain yg boleh sama rasa sama nangis tiap kali aku keluarkan air mata cerita setiap yg berlaku pada aku. Cuma kau. Takde sape yg sanggup rendah suara angguk angguk kepala faham semua cerita walau kau tahu kau tak kenan dgn apa  yg aku kata. Mohon dgn sgt , apa pun berlaku ... jangan pernah ringankan langkah kaki untuk pergi . Mohon, kekallah untuk aku yang bebal ni di sini . 

Icha ....sayang Beto. Selamat ulang tahun sayang.. Igt, Icha sentiasa sayang Beto :)