Tuesday, November 30, 2010

Real Eyes Realize REAL LIES .


Real eyes bermakna mata sebenar . Mata sebenar maknenye mata yang bukan mata palsu . Itu juga mungkin bermakna mata yang tak diletak bulu2 mata palsu mcm  yg selalunye Icha pakai selama nie. And ahaha kebetulan dlm pic nie mmg tak pakai pun bulu mata palsu tuh. Woahh.

Realize bermakna sedar . Sedar itu bermakna kita sudah boleh menilai apa yang berlaku dlm keadaan sekitar sama ada ia fakta atau auta . Sedar juga membawa maksud bangkit atau lebih mudah  lagi , bangun dari segala mimpi2 yang kebarangkaliannya menghanyutkan .

Real Lies pula bermakna penipuan sejati . Ehe , penipuan sebenar lah kott sebenarnye. Penipuan sebenar adalah merupakan sebuah permainan yang melibatkan minda tanpa memikirkan soal hati dan perasaan subjek yang berkenaan . Penipuan sebenar sangat ditentang keras dalam aspek kehidupan Aryzah Qamalia kerana bagi dia , itulah titik mati bagi semua persoalan  hidup manusia .

" Real Eyes Realize Real Lies " mengungkapkan satu kenyataan yang bagi pihak berkenaan dia mula sedar dr kaca matanya sendiri bahawa yang dilaluinya selama ini tidak lebih dari satu pembohongan semata-mata. Bukan mudah mengharunginya, lebih2 lagi jika di dalam situasi tersebut telah tersimpul satu harapan utk menjadikan segalanya lebih sempurna. Oleh kerana segala permainan yg berlaku bukan berdasarkan hati ,  maka tiada lagi unsur2 indah yg dirasai apabila seseorang itu mengungkapkan ayat ini . Jadi kawan2 , jika anda mula merasakan seperti yang saya rasakan , ukirkanlah satu senyuman manis dan sebtkan kembali , "real eyes realize real lies " dan bersyukurlah kerana sesungguhnya Tuhan masih menyayangi anda walaupun mungkin terlewat , tp sekurang2nya mata hati anda sudah mula menyedari segala-galanya :)




Friendss , help me to make me stronger :(

4 comments:

  1. go icha.. go.. hehe
    wake up from dream and face the reality... dont make urself hurt anymore.. :)

    ur TRUE FRIENDS will always there for u.. remember that.. :)

    ReplyDelete
  2. SI AFRO BESAR : ehee biasalah , bila bosan mmg kne mcm tuh (:

    kakak : ermm suree ? :|

    ReplyDelete