Wednesday, December 14, 2011

#OmbakRindu


Bermula dengan pengagihan kasih dr yg tak sudi . Dihujani tanggungjawab sebagai satu-satunya pencari rezeki untuk membela nasib keluarga . Jalannya lurus di jalan Tuhan . Entah apa dosanya , darah daging sendiri mencampakkannya ke lautan dosa , dibiarkannya sendiri tersiksa . Tersungkur dia di kaki Sang Adam lalu halus pandangannya meminta simpati , "raih aku!" kata hati . Namun tidak . Sang Adam hanya mahu memerhati . Pintu hatinya belum terbuka lagi , barangkali .

Terlena dia melalui malam tanpa sedar , hakikat sebenar , dia bukan lagi bunga yang sekelip mata tadinya segar . Diratah dia lalu dilemparkan dengan pelbagai hinaan . Titisan demi titisan jatuh ke pipi kerana terlalu takut dgn azab Tuhan , rela menyembah merayu asalkan sanggup terkikis kembali sedikit cela , sedikit kekotoran . Alhamdulillah , terkutip jua akhirnya dia kerna Sang Adam mula teranugerah kasih oleh Tuhan . Dipinangnya dia dgn lafaz "Bismillah" bertukar milik jam tangan sebagai tanda kasih , hantaran perkahwinan .

Bahtera rumah tangga dilanda ombak menghayun menghempas jiwa kerinduan mereka apabila hati Sang Adam telah terbuka sepenuhnya . Dikesali setiap kasarnya . Dikesali setiap hinaannya . Dikesali setiap tenaganya yg pernah dihabiskan hanya utk memukul , mengherdik seorang isteri yg tidak pernah menuntut haknya sebagai seorang suri . Egonya runtuh dan tidak mahu dia kutip lagi . Titisan air mata seorang lelaki mula mengalir lalu membawanya pulang bertemu takdir , takdir kesatuan mereka , takdir tulang rusuk yang dipinjamkannya , takdir pertemuan asal mereka di lembah yang paling hina yang membawa kasih mereka di syurga (:



PS :
"Rabbiy inni limaa inzalta ilayya min khairin faqir" - Ya Allah , sesungguhnya aku sgt fakir atas pemberian anugerahmu . 


Tersebut merupakan doa Nabi Musa sebelum baginda dianugerahkan isteri yg solehah serta pekerjaan yang baik2 . Doa ini tercantum pada QS Al Qasass 24 . Amalkan doa ini apabila orang lain menghargai bantuan yang kita hulurkan.Walaupun kita kelihatan hebat pada tanggapannya, sebenarnya kita sangat bergantung pada Allah . Readers , sila amalkan selalu ya? Semoga ada kebaikan dalam diri :) Allah mengetahui setiap isi hati manusia . Amin Ya Rabbal Alamin .

No comments:

Post a Comment