Thursday, April 26, 2012

Jangan cuba kata aku kolot semata-mata sbb aku cuba jaga maruah kita ,
Jangan kata aku mengungkit sebab aku cuma nak kau imbas kembali sisa bahagia lama ,
Dan yang paling penting ,
Jangan cuba gunakan aku semata-mata sbb selama ni kata-kata kau aku turuti semua ..
Kasar kau ...
Perlakuan kau ...
Kata-kata kau ...
Dalam ikut aku perhati ,
Dalam berlembut aku mengkaji ..

Aku tak sanggup nak kata kau mcm celaka ,
Sebab mungkin aku lah si celaka yang maha celaka itu .

Aku tahu kisah hidup aku kelam , seram , suram ..
Tapi aku lah yang menghadapi semua itu sendiri .
Aku yang merasa siksa pahit sakit tu sendiri .
Dan kini aku telah maju ke depan ,
Utk Dia , ibu bapa , utk diri sendiri dan bohong kalau aku kata takde secebis pun aku buat semua tu utk kau ,
Sedia maklum sedikit sebanyak atas dorongan kau ,
Tapi kenapa masih kau pertikaikan ?

Tapi kalau betul kau rasa aku jijik ,
Buanglah aku .
Biar aku bersama-sama sampah sampah yang lainnya .
Barangkali aku akan jadi sampah terwangi di kalangan mereka .

Kalau kau beranggapan aku rosak ,
Terima kasih aku ucapkan utk kau ,
Sebab di kalangan mata di depan aku ,
Cuma mata kau yg berpandangan begitu ,
Bukan sahabat-sahabatku , bukan ibuku .

Dan kalau kau beranggapan kau langsung tiada tanggungjawab ats pandangan kau itu ,
Kalau satu pun tidak tertulis dlm buku kesalahan kau oleh Atid Raqib ,
Maka bersyukur lah ..
Jangan caci aku ,
Sebab kita sama-sama bukan Tuhan

Kisah hidup kita makin lama makin panjang ,
Satu per satu aku masukkan dlm folder simpanan sehari-harian ,
Aku mintak , kau banyakkan la bersabar .
Tak perlu sebanyak aku yang kau dah humban mati-matian ,
Tapi sekurang-kurangnya cuba ....
Sebab aku sebagai perempuan ,
Aku sedaya upaya jalankan tugas sebagai kawan kau ,
Tempat kau bersusah senang ,
Tempat kau bergelak dendam ,
Semua aku . Harap kau boleh pertimbangkan


Tapi semalam ... Kau tersembur kata-kata lama itu lagi .
Eh . LAGI ?
Maknanya bukan baru sekali , tapi dah banyak kali ...
Dlm perjalanan pulang dengan sengaja kau tolak kepalaku kebelakang .
Atas  motor , kan ?
Entahlah , mungkin kau tak fikir apa risiko yg mendatang ..
Tapi tunggu !
Jgn biar aku mati sekarang , aku masih tak berjaya tunjuk kat kau betapa aku sayangkan kau .


SEKIAN utk entry ini . Belum lagi SEKIAN utk hubungan kita . Perbaikilah , maafkan saya .

No comments:

Post a Comment