Sunday, October 14, 2012

Ini namanya diduga , bukan disumbat dalam penjara

Hui! Setelah sekian lama kini aku kembali beraksi di gelanggang sensasi ekspresi hati . Hewhewhew .

Banyak tak banyak lah kan benda nak hapdet. But kalau dikira satu per satu semua benda yang besau besau bak hang effectnya kat hidup. Nayy , bukan nak hapdet pasal aku dah nak kahwin or kucing jiran dah beranak empat kali and si anak-anak kucing selalu datang buat muka comel depan rumah untuk mintak makanan . Bukan itu . Hekeleh , gila ke apa pasal benda tu nak update . Haha ni pasal benda lain . Pasal cerita lain . Mohon turut ulang suara sama-sama 'HAHA' selepas setiap baris ayat yang seterusnya :3

Aku dah berhenti kerja . Dan kini menjadi seorang penganggur . Beban hutang meningkat . Nak isi minyak kereta pun pikir dua kali ganda tak mustahil sampai empat . Ditambah pulak dengan kebabian mat mat rempit yang telah mencuri sport rim motor Hfz . Juga kerosakan pada kereta beliau . Serta note yang telah jatuh ke dalam air , (alhamdulillah masih dapat diselamatkan)(HAHA!)


Yeah . Sedih menganggur . Tapi , kalau asyik dok pikir cenggitu je sampai ke tua pun takkan habis kau nak salahkan takdir . Mungkin end up kau akan duduk kat dalam toilet and amik keputusan utk minum air clorox campur pewarna merah supaya nampak ala-ala wine merah atau sirap zzz . Kesialan apakah ? 

Apa yang aku tahu , ada hikmahnya semua benda tu jadi . Come on ,  langit tak selalunya cerah kan ? Banyak gila hoii side positif dia bila kita pikir2 balik. Aku makin tahu erti bersyukur . Kau tahu tak , dengan nasi lemak kedai Kak Ju bawah rumah yang regenye RM1.20 tu boleh kenyangkan perut kau sampai ke tengah hari sama macam kau beli set breakfast mc'D sausage mc muffin with egg siap tambah hash browns serta hot cakes 2 set (kemain melantak) ?  Kau tahu tak daripada pergi check in forsquare enjoy sakan pergi karaoke tengok wayang kau boleh guna duit tu untuk beli beras ayam sayur ikan and makanan kucing sebulan ? Kau tahu tak kau boleh nilai siapa yang boleh stay dengan kau masa kau susah instead of masa kau bersenang lenang benang renang? Kau tahu tak sebenarnya kau ada masa untuk lebih dekat dengan Tuhan , dengan mak & adik kau? And kau tahu tak membazir yang selama ni kau buat tu adalah amalan syaitann ??Haaa ..  Pasal syaitan syaitan pencurik tu malas nak ckp banyak . Biarlah . Ni mesti kes 'kecik-kecik berbohong besar nanti jadi pencuri' la tu kott heh -.-

K berhenti meratapi kisah lalu . Masuk topik lain .

Memang aku akan rindukan tempat kerja lama tu . Itu tempat susah senang. Tempat aku bermanja dan melempang. And kat tempat tu la aku berjaya dapat my first car si Myvi tu . And yang paling bermakna , kat situ jugak lah aku bertemu si kasih sayang . Ececeyhh . Haha tapi nak buat macam mana ? Life must goes on , kan ? Jum carik kerja baru and praktikkan benda-2 yang boleh menjamin masa depan .  Biarkan semua itu berlalu dihembus lalu tiupan angin malam . *joget lagu Oppa Gangnam Style*

Dan yang paling mengharukan adalah .... INI :


Mamat ni the best wa cakap lu . Dia ada masa aku senang senang dulu . And sekarang aku tengah susah , dia still ada . Yea , dulu aku selalu ragu bolehke dia ada untuk aku bila aku perlukan dia pulak suatu hari nanti ? Boleh ke dia kasi aku senyum sama macam aku kasi dia gelak sakan bila dia susah hati ? Boleh ke die belanja aku main pool kalau aku dah kempunan nanti ? HAHA yang last tu mmg tak boleh! Sebab sekarang ni dia busy plusss dia lagi suka offer belanja aku tgk wayang 6D je . Hekeleh . Hekeleh . 

Tapi pape pun , he rocks my world la weys . Bila pape jadi sekarang , aku tengok muka dia and automatic terus ter'save mode , "keep it gangster" hahah . Aaaa k takde point kat situ . Btw this one is for you sayang , 

"Tuhan uji kita sekarang . Tuhan uji I ,tuhan uji you , and apa yang kita perlu buat adalah teruskan usaha and jangan pernah mengaku kalah ! Life'a abit hard skrg ni but thanks sbb masih ada utk I . Thanks belanja I makan tiap malam . Thanks bawak I jalan-jalan . Thanks sbb tak jatuh hati kat amoi mane tah tu even you kerja jauuuuh dari I , even die salu offer nak belanja you makan . Cis! Main rasuah amoi tu puii . Err , k sambung balik . Hehe sayaang! Thanks untuk macaaaaaam-macam ! You know what , I rasa kesusahan sekarang ni sedang cuba untuk melembutkan and merapatkan hati kita . Alaa mcm sesi suai kenal passing-passing biodata macam kat sekolah dulu tu .. Haaa tu lah yang hati kita tengah buat sekarang hehe ;p Insha Allah I akn cepat-cepat carik kerja baru and jum kahwin! Ehh ? Hahaha just kidding . I love you bebey . Love you so much . Much .. Much .. Muchhhh ...  *joget lagu  Oppa Gangnam Style lagi skali*  

And ofcourse same goes to my hot chicks Faseha Emy Beto Ain  . Untuk kesekian kalinya Icha telah menyusahkan kalian , tapi masih ada untuk Icha anytime Icha perlukan kalian . Masih ada utk dengar Icha merepek and sometimes Icha curi2 hug dari kalian , sedikit sebanyak semua tu telah menenangkan hati Icha . Thanks again sayang  . Thanks a lott . *bow* *hats off*



Bye :*

No comments:

Post a Comment